Selasa, 30 Oktober 2012

Selamat Datang ke Blog MBMMBI SJKT Jalan Tajul

Blog ini dicipta khusus untuk kegunaan guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk sama-sama berkongsi ilmu dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp). Ianya merupakan salah satu program di bawah MBMMBI iaitu memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris. Diharap kewujudan blog ini dapatlah mempertingkatkan keberkesanan pdp semua guru selain dapat bertukar-tukar ilmu.

Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.  

Manakala Strategi Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris pula  melibatkan penambaikan kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.