BANK SOALAN

Senarai Nilai Murni
AntonimPenjodoh Bilangan



SJK(T) JALAN TAJUL, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR.
BAHASA MELAYU KERTAS 1 (PEMAHAMAN)
TAHUN 5



Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A,B,dan C atau  empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.  Antaranya terdapat satu sahaja jawapan yang betul.Pilih jawapan yang betul itu.Kemudian pada kertas jawapan kamu,hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu.

Soalan 1 hingga soalan 20.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1


 











Gambar 1

1.         Weng Seng menjumpai _________ rantai di dalam semak ketika    
           menebas rumput.

            A         sepasang
            B         seurat
            C         seutas
            D         segelung

2.         Pemandangan dari ____________ Menara Kuala Lumpur sungguh
           cantik, terutamanya pada waktu malam.

A         puncak          
B         hujung                      
C         dasar
D         bawah

3          Penduduk Kampung Seri Siantan telah berkumpul di ________ untuk mengadakan suatu mesyuarat.

A         jalan raya      
B         balai raya                  
C         balai polis
D         hospital

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

 






                                                  




Gambar 2

4.         __________ hujan turun dengan lebat, Zarith sedang tidur di dalam biliknya.

A         Ketika
B         Sementara
C         Andai kata
D         Bila

5.         ________ persiapan rapi telah dibuat sejak dua hari yang lepas.

A         Semua
B         Seluruh        
C         Sebahagian
D         Segala

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

 













                                                Gambar 3
6.         Almi dan Johan sedang _____________ di sepanjang jalan pulang ke rumah

            A         berbisik-bisik
            B         berbual-bual
            C         bergaduh-gaduh
            D         bertepuk-tepuk

7.         Sayur-sayuran yang ditanam oleh Pak Samad sungguh __________ kerana selalu disirami air.

A         sihat              
B         ceria              
C         segar
D         molek

8.         Ahmad mencampakkan lima ________ batu ke dalam sungai itu.

A         biji                  
B         butir   
C         buah
D         ketul

Soalan  9 berdasarkan Gambar 4


 












                                               


Gambar 4

9.         Pakaian ayah menjadi __________ kerana terkena tanah semasa dia
           menggembur tanah tersebut.

            A         compang - camping
            B         comot-comot
            C         calar-balar
            D        corak carik

10.       Pada perhimpunan pagi, semua murid dan guru berdiri tegak sebagai
           tanda ________ lagu Negaraku yang sedang dinyanyikan.

            A         menghormati
            B         penghormatan
            C         penghormat
            D        kehormatan

Soalan 11 berdasarkan Gambar 5
 















Gambar 5

11.       Ayah terpegun  mendengar bunyi burung merbuk di dalam sangkar itu sungguh ___________

            A         serak
            B         merdu
            C         lunak
            D         garau

Soalan 12 berdasarkan Gambar 6
 









Gambar 6

12.       __________ yang terdapat pada lukisan itu sangat cantik.

A         Bunga            -bungaan
B         Bunga-bunga
C         Dedaun
D         Daun-daunan

13.       Tanah sawah itu ___________ kerana kekurangan air apabila tiba musim
           kemarau.
A         kering - kontang
B         segar-bugar
C         pucat lesi
D         basah kuyup

14.    Kami tidak dapat melihat _______ yang terdapat di persimpangan jalan itu kerana dilindungi pokok

A         papan iklan              
B         papan tanda            
C         papan jalan
D         papan kenyataan

Soalan 15 dan Soalan 16

Pilih kata yang seerti dengan kata yang bergaris.

15.       Tiang penyidai di belakang rumah Mak Mah semakin condong.

A         senget           
B         ranap 
C         tegak
D         teguh

16.       Sikap suka membuang masa dengan berpeleseran di pusat membeli-belah
           harus dihindari.

A         dibuang                    
B         dipupuk                    
C         disemai
D         dijauhi

Soalan 17 dan Soalan 18
Pilih kata berlawan yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

17.       Perjalanan menaiki kapal terbang lebih cepat berbanding bas tetapi
           tambangnya mahal.

A         laju                 
B         lembab                      
C         lambat
D         sejuk

18.       Majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu berjalan
           dengan lancar.

A         kurang                                                           C         lembap
B         lama                                                               D         senyap

Soalan 19 berdasarkan Gambar 7


 













Gambar 7
                                   
19.       “Mengapakah tuan puteri bermuram durja?Ceritakanlah kepada ________,” kata Dayang Anum kepada Tuan Puteri Raden Mas.
            A         beta
            B         hamba
            C         patik
            D         tuanku

Soalan 20 dan Soalan 21

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk penyataan dan tempat kosong  di bawah ini.

20.       Penduduk Kampung Bayan bergotong-royong membina jambatan yang roboh di kampung itu.
A         Seperti air di kolam itu.
B         Seperti bulan di pagar bintang
C         Seperti aur dengan tebing
D         Seperti rumput di tepi jalan

21.       Salmah _____________ apabila tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Sarini.
A         bagai duri dalam daging
B         bagai katak di bawah tempurung
C         bagai cicak makan kapur
D         bagai ayam disambar helang

Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22.       I.          Pak Musa mengandar dua bekas rotan ketika pulang dari hutan.
            II.         Puan Juriah ialah bekas pengarah Syarikat Sari Maju.
            III.        Bekas luka pada kaki Amin akibat kemalangan jalan raya itu masih
                      kelihatan.
            IV.       Kakak menyimpan kerepek pisang itu di dalam bekas plastik yang
                      kedap udara.

            A         I dan II
            B         II dan IV
            C         I, II dan III
            D         II, III dan IV

23.       I.          Enjin kereta itu masih hidup walaupun dimasuki sedikit air hujan.
            II.         Hidup petani di kampung itu sangat susah sejak dilanda kemarau.
            III.        Nenek senang hidup api dapurnya untuk memasak nasi.
            IV.       Pokok bunga kertas itu masih hidup walaupun tidak disirami air.
A         I dan IV
            B         II dan III
            C         I, II dan III
            D         I, III dan IV

Soalan 24
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.

24.       Kerja membaiki jambatan yang rosak itu dilakukan oleh semua penduduk
           kampung.

            A         Siapakah yang melakukan kerja membaiki jambatan yang rosak itu?
            B         Mengapakah penduduk kampung membaiki jambatan yang rosak
           itu?
            C         Benarkah penduduk kampung bersetuju untuk membaiki jambatan
                      yang rosak itu?
            D         Bilakah jambatan itu dibaiki?
           
Soalan 25 dan Soalan 26
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

25.       Puan Mary meminta Marimutu datang awal ke rumahnya pada pagi esoknya.

A         “Marimutu, lain kali datang awal pagi ke rumah saya,” nasihat Puan Mary.
B         “Marimutu, datanglah awal ke rumah saya setiap pagi,” pesan Puan Mary.
C         “Marimutu, esok kamu datang awal ke rumah saya,” kata Puan Mary.
D         “Puan Mary, datanglah awal ke rumah saya,” pesan Marimutu.

26.       Kata Siti kepada Wei Ling, “Baju ini dijahit oleh ibu saya.”

A         Siti memberitahu Wei Ling bahawa baju  itu dijahit oleh ibunya.
B         Siti memberitahu Wei Ling bahawa ibu saya telah menjahit baju itu.
C         Siti memberitahu Wei Ling bahawa baju itu dijahht oleh ibu Wei Ling.
D         Siti memberitahu saya bahawa baju itu dijahit  oleh Wei Ling.







Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih ayat yang betul.

27.       A         Rosila bukan sahaja pandai tetapi rajin.
B         Saya bukan suka makan roti canai.        
C         Kuih kegemaran adik adalah kuih jagung.
D         Tolong bermain di padang yang luas itu.
           
28.       A         Abang membawa saya menonton tayangan gambar di Tanjong Golden
                      Village.
B         Bola sepak takraw diperbuat dari rotan.
C         Setengah orang memang tidak suka mengulang kaji pelajaran pada waktu
                      malam.
D         Ayam-ayam peliharaan nenek sudah bertelur di dalam reban.

Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

29.       I          Lelaki itu tidak bapa saya.
II          Bank itu terletak di antara klinik dengan kedai buku.
III         Ayah membeli sebuah majalah di kedai itu.
IV        Puan Mariam mengemas rumah tatkala pergi ke pasar.

A         II sahaja                    
B         II dan III sahaja
C         II dan IV sahaja                   
D         II , III dan IV sahaja

30.       I           Bungkusan itu diposkan kepada sahabatnya yang berada di Jakarta.
II          Bas itu dijangka akan tiba pada pukul 10.00 malam.
III         Gunung yang tinggi sekali di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.
IV        Puisi itu dideklamasikan oleh Cikgu Badrul.


A         I dan II sahaja                      
B         I, II dan III sahaja
C         II, III dan IV sahaja              
D         I , II , III dan IV sahaja












Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
 

               Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Encik Haiqal Izham selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tropicana, guru-guru, para ibu bapa, dan rakan-rakan pelajar sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan bertajuk “Kebaikan Bersukan”.
Hadirin sekalian,
               Banyak faedah yang diperoleh daripada aktiviti bersukan. Kebaikan yang paling nyata ialah aktiviti ini boleh menyihatkan badan. Semasa bersukan, kita akan mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan satu cara untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan. Selain itu, bersukan juga boleh menguatkan jantung dan otot seseorang.
               Bersukan juga boleh mengisi masa lapang seseorang. Melalui aktiviti bersukan, seseorang itu akan dapat menghabiskan masanya dengan lebih berfaedah. Aktiviti ini boleh dilakukan apabila kita mempunyai masa lapang atau pada hujung minggu.
               Bersukan juga boleh merapatkan hubungan sesama kita. Kita boleh melakukan aktiviti ini bersama keluarga, kawan-kawan, atau jiran tetangga. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini juga akan membangkitkan perasaan saling menghormati.
Hadirin sekalian,
               Sesungguhnya banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memudahkan aktiviti ini dilakukan. Marilah kita memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.
               Sekian, terima kasih.          


31. Siapakah Haiqal Izham?

      A   Guru besar
      B   Pengerusi Majlis
      C   Tetamu jemputan                                                 
      D   Pelajar Sekolah Kebangsaan Tropicana                                               

32. Bagaimanakah bersukan boleh menyihatkan badan?

      A   Megubati penyakit                                               
      B   Menguatkan jantung
      C   Membekalkan khasiat
      D   Mendapatkan kulit yang lebih cantik

33. Bersukan biasanya boleh dilakukan

      A   pada hujung minggu   
      B   pada musim perayaan  
      C   semasa mengunjungi rakan
      D   semasa diadakan pesta keraian

34. Berikut merupakan kebaikan bersukan, kecuali..

      A   menyihatkan badan
         B   mengisi masa lapang
         C   mengeratkan perhubungan
      D   boleh menjadi sumber pendapatan

35. Rangkai kata paling nyata dalam petikan bermaksud
     
      A   amat ramai                                          
     B    amat tinggi                     
     C    amat cantik
     D    amat terserlah


Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberi.
 

MACHANG, Rabu – beberapa buah rumah di Kampung Simpang Empat dan Kampung Sungai Air Tawar telah di tenggelami air ekoran hujan lebat tanpa henti sejak dua hari lalu.

       Mangsa-mangsa banjir tersebut telah dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Machang. Terdapat juga sebahagian daripada mangsa menumpang di rumah saudara-mara masing-masing. Pihak kerajaan telah menghulurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa ini.

       Sementara itu, jalan utama yang menghubungi machang dengan Kuala Krai telah ditenggelami air. Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut.

       Seorang mangsa banjir, Encik Ezry Imran bin Mohamed Ezrudin memberitahu bahawa mereka telah diselamatkan oleh Pasukan jabatan Pertahanan Awam ( JPA 3 ). Tambahnya lagi, kebanyakan mangsa tidak menyedari rumah telah ditenggelami air kerana kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang nyenyak tidur.

       Pegawai Daerah macang, Encik Syed Ismail bin Syed Khushairy menasihatkan kepada para penduduk agar segera berpindah sekiranya rumah mereka mulai ditenggelami air. Mereka hanya perlu membawa dokumen-dokumen penting ke pusat-pusat pemindahan.


36.    Mengapakah beberapa buah rumah ditenggelami air?

          A.   Air sungai melimpah.
          B.   Rumah mereka rendah.
          C.   Hujan lebat tanpa henti.
          D.   Musin tengkujuh sudah tiba.
    
37.    Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di

          A.   sekolah
          B.   balai raya
          C.   kuala krai
          D.   Dewan Majlis Daerah Machang

38.    Apakah tindakan yang perlu diambil oleh mangsa jika rumah mereka mulai
         ditenggelami air?

          A.   Menutup semua pintu.
          B.   mengunci pintu rumah.
          C.   Menyelamatkan kenderaan masing-masing.
          D.   membawa dokumen-dokumen penting ketika berpindah.

39.    berikut merupakan akibat daripada banjir tersebut, kecuali..

          A.   mangsa mengalami kebuluran.
          B.   mangsa-mangsa terpaksa dipindahkan.
          C.   kenderaan tidak boleh melalui kawasan yang dilanda banjir.
          D.   jalan yang menghubungkan Machang dan Kuala Krai terputus..

40.    Rangkai kata nyenyak tidur dalam petikan bermaksud

          A.   tidur yang lena.
          B.   tidur di atas katil empuk.
          C.   tidur yang sekejap sahaja.
          D.   tidur dalam keadaan kesejukkan.


___Selamat Maju Jaya___
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan